Assalamualaikum
AlhamduLILLAH baru-baru ini saya berpeluang membuka kembali salah satu daripada ratusan atau ribuan hasil tulisan al Allamah Dr Yusuf alQaradhawi yang bertajuk "Aina Khalal" atau dalam bahasa yang lebih mudah kita fahami di mana silapnya umat Islam pada hari ini.Teringat pula pada kelas-kelas bersama Ustaz Fauwaz dahulu ketika zaman muda-muda saya di Mesir ini.Sungguh banyak mutiara yang saya rindui.Moga-moga pengajian bersama Ustaz satu ketika dahulu ada hasilnya ke arah kebaikan walaupun tidak nampak dengan mata kasar mahupun ditangguhkan pencapaiannya...
Dalam kita meneruskan kesinambungan kehidupan,semangat adalah salah satu daripada elemen yang dituntut.Hal ini adalah bagi melicinkan gerak kerja kita tersebut dan supaya kita merasa tidak berat dengannya.Tidak dinafikan bahawa kefahaman yang jelas juga adalah perkara pokok dalam setiap perlakuan dan sepatutnya mendahului semangat.Semangat semata-mata tanpa kefahaman yang jelas akan memudahkan pelunturannya.Antara sebab-sebab yang dinyatakan melalui buku ini ialah :
(1) Kurang Pengkajian dan Dangkal Perancangan
Islam merupakan ajaran sahih,bersifat fitrah yang sentiasa meraikan penggunaan akal secara optimum.Dalam Islam orang yang berilmu mempunyai darjat yang tinggi.Dan Allah Taala pernah berpesan kepada kita bahawa orang yang paling takut dengan Allah ialah orang yang berilmu.
Namun kita selalu lupa dengan anugerah akal yang diberikan Allah Taala untuk digunakan sebaik-baiknya.Akal tidak dimanfaatkan untuk berfikir tentang tujuan penciptaan kita di dunia,apatah lagi untuk merancang secara teliti erak kerja bagi mempastikan kalimah tauhid kembali ditegakkan di muka bumi ini.
(2) Bersifat Gopoh Dalam Mendapatkan Sesuatu
Untuk bahagian ini saya suka untuk mengaitkannya dengan perjuangan gerakan Islam di Malaysia.Tempohari saya ada membaca buku yang bertajuk "Menerjang Badai" yang ditulis oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor tentang perjuangan PAS atau Parti Islam Semalaysia.Buku ini mengupas tentang sejarah awal penubuhan PAS,mengapa ia ditubuhkan,siapa individu yang terlibat dalam melicinkan mahupun membantutkan gerak kerja PAS sebagai gerakan Islam di bumi Malaysia.Saya membacanya pun sudah terasa penat.Apatah lagi pula mereka yang menghadapinya.PAS menghadapi rintangan dari sudut dalaman dan luaran.Sehingga kini PAS masih belum berjaya menguasai Putrajaya.
Sya menganggap ini adalah salah satu contoh bagaimana kita melihat kejayaan itu tidak boleh dikecapi dalam masa yang singkat.Sejarah membuktikan kejayaan yang didapati secara gopoh kebiasaannya tidak mampu bertahan lama.Mungkin kerana pencapaian yang diecapi itu bersifat tidak matang dan amat mudah ditumbangkan oleh pihak lawan.
(3) Syadid Yang Melampau.
Ada seorang Ustaz yang mengajar kami di sini pernah menceritakan satu kejadian yang berlaku di Pakistan,salah satu negara yang pernah menjadi tempat perkelanaannya sebelum bumi Mesir.Di sana terdapat banyak golongan yang menolak perkara-perkara moden yang dikatakan bid'ah yang tidak boleh diadakan.Diceritakan dalam satu solat jamaah yang dihadiri oleh ribuan manusia,pembesar suara tidak digunakan oleh Imam kerana todak mahu melakukan perkara yang dianggap bid'ah yang dilarang.Maka apabila imam memberi laam,ma'mum di bahagian belakang sekali baru mengangkat takbir akibat tidak mendenn suara imam nun di hadapan!
Garis panduan untuk memisahkan antara terlalu meringankan dengan terlalu meberatkan,penimbangnya dalah batasan agama yan digariskan oleh AlQur'an dan As Sunnnah.Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri lebih cenderung untuk memilih perkara yang lebih ringan asalkan ia masih dalam batasan syar'ie.
(4) Takut Kepada Pembaharuan
Melakukan sesuatu yang baru bermakna bersedia untuk menerima perubahan.Keluar daripada kepompong harian yang bersifat stereotnype.Kebiasaanya orang lebih selesa untuk mengekalkan cara yang lama kerana tidak mahu mengambil risiko dengan perkara baru yang akan dilaksanakan.Lawan kepada sifat ini adalah bersifat proaktif.Sebab itu kita digalakkan menjalankan perniagaan kerana ia bermain dengan risko dan membuatkan kita lebih fokus,berani dan bersungguh-sungguh bagi memastikan hasil pulangan adalah lumayan dan bukan kerugian.
Allahua'lam.Sekadar perkongsian sebelum mata ditutup di penghujung hari.Moga beroleh manfaat.Wassalam.
Sanah Helwah Hana
4 months ago
0 comments:
Post a Comment