Assalamualaikum....
Sudah lebih sebulan saya tidak mengupdate blog nh lantaran diri yang bukanlah blogger yg aktif sblm nh.Ya,bukan mudah nak buat sesuatu yang kita tak biasa scr berterusan...sekarang saya makin jelas peri pentingnya MENULIS
Hampir sepurnama saya dan sahabat2 kembali ke bumi anbiya' ini setelah cuti rehat lama di tanah air.untuk meneruskan misi kami, atau lebih baik saya katakan misi ummah.Kami hadirkan diri di sini adalah atas dasar tanggungjawab,as with knowledge come responsibilities.Saya percaya pada kata2 superman(mengikut cerita abang saya) iaitu with power come responsibilities.Ya memang benar.Jika kita membpunyai kuasa maka bersamanya pasti ada tanggungjwab yang perlu dilaksanakan.Seperti kuasa yang dimilki Perdana Menteri,Pengetua sekolah mahu pun presiden Perubatan.Dalam konteks kami sendiri,versinya lebih enak ditukarkan.Ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang perubatan yang kami ada (meski pun sebesar hama cuma) mewujudkan tanggungjawab dalam diri kami utk memanfaatkannya kepada orang lain.Bukan sekadar merawat sakit fizikal pesakit,tapi lebh drpd itu~
Saya juga percaya mengharap senang dalam berjuang,bagai merindu rembulan di tengah siang...benar sekali!!dan kemanisan itu makin terasa setelah kita melalui jalan yang sukar dahulu.bila bersabar kemanisannya makin terasa.Itu pesanan ayah.hal inilah yang mampu menjadikan kita tersenyum kembali kala diri ditimpa kesusahan.Susah dalam apa jua keadaan.kerana kita yakin,pahitnya kesusahan yang kita telan itu pastinya terbayar dengan sesuatu ketetapan yang jauh lebih baik pada diri sendiri.Kata bangsa penjajah no pain no gain.Dulu saya tidak faham apa mksudnya no pain no gain itu.Rupa-rupany itulah hakikat kehidupan.Jika kita merasa susah untuk memperoleh sesuatu,sukar untuk kita mengharginya.
Maka sahabat2,tersenyumlah kala kesedihan menimpa diri.kerana tidak dinamakan manusia sekiranya bergembira sepanjang masa.senyum dan senyumlah...kerana itu tanda orang itu beriman adalah reaksi pertamanya ketika menerima ujian...
bagaiman kita layak mengatakan kita beriman sedang kita belum diuji...YA Allah, jangan Kau timpakan kmi ujian yang tidak mampu kami menanggungnya...permudahkn segala urusan dunia kami...lebih2 lagi akhiratMu~ameen............
Sanah Helwah Hana
4 months ago
1 comments:
salam alaik.
syukran atas kata2 pembakar smgt ini.
senyum sokmo! ^_^
Post a Comment