RSS

Saturday, September 6, 2008

The Moment of Truth,when secrets are revealed....

Assalamualaikum


STW,711,ASTRO..semalam saya berkesempatan menonton rancangan yang dikatakan program realiti tv paling kontroversi.Ia merupakan program ala2 who want's to be a millionaire..bezanya soalan yg ditanya adlh berkaitan dengan peribadi,malahan selalunya TERLALU peribadi yang kesemuanya perlu dijawab dengan jujur.Terdapat kaedah2 tertentu(spt dikatakan terdapat mesin mengukur tekanan darah seseorang utk mengetahui samada dia sedang menipu atau tidak!), lebih kurang 90% adalah tepat untuk mempastikan adakah soalan itu dijawab secara jujur atau pun sebaliknya.Ia melibatkan maruah..taruhannya cuma 500,000USD~
Episod semalam adalah giliran Lauren mempertaruhkan maruahnya.Hadir bersamanya ialah suami,ibubapa,serta sepasang saudara lelaki dan perempuannya.Antara soalan2 yg perlu dijawab utk melepasi tahap selamat 10,000USD dan 25,000USD adalah "adakah kamu gembira jika salah seorang adik beradik kamu ditimpa masalah".."adakah kamu rasa ibu bapa kamu bangga dengan diri kamu".."adakah kamu menyimpan sesuatu rahsia tentang ayah kamu yang tidak diketahui oleh ibu kamu"..dan keutuhan rumahtangganya tercabar apabila tetamu jemputan(yg merupakan bekas teman lelakinya!) bertanyakan soalan.."jika saya mengajak kamu kembali kepada saya,adakah kamu akan meninggalkan suami kamu"..lebih menggerunkan apabila soalan yang diajukan adalah berkaitan rahsia rumahtangga yang sepatutnya hanya diketahui oleh Lauren dan pasangannya sahaja!(Tidak sanggup saya kongsikan di sin).Jawapan jujur yang diberikan oleh Lauren nyata menunjukkan dia seoarang yang bermasalah...
Apa yang hendak saya kongsikan di sini bukanlah menarik atau tidaknya pertandingan ini..kepincangannya yang perlu kita jadikan iktibar.
Apabila hilang rasa malu
Malu itu hiasan kita.Benteng kita daripada melakukan kesalahan dan maksiat.Kerana malu kita terpelihara.Kerana malu kita dipandang mulia.Apabila hilang perasaan malu,hilanglah kubu yang akan melindungi kita daripada 'memalukan' dan menjatuhkan diri sendiri.The Moment of Truth membuktikan mereka yang hilang sifat malu tanpa segan silu sanggup mengaibkan diri sendiri di hadapan jutaan penonton berlandaskan motif masing2..kemewahan duniawi,populariti,mahu pun penyelesaian kepada masalah hidup.Perlu sampai mengorbankan maruah demi mencapai tujuan2 tersebut.Semuanya kerana malu telah ditanggalkan sebagai pakaian mereka.
Motivasi terbaik
Laura dengan tidak segan silu menyatakan untuk meneruskan 'penodaan maruahnya' setiap kali digertak pengacara program tersebut.Apa yang menarik katanya secara jujur,dia LEGA kerana dia perlu meluahkannya(masalah yang terpendam)..terbuktilah bahawa Lauren menghadapi semua itu bukan semata2 inginkan setengah juta yang dijanjikan,tetapi bekong di dada yang dibuka sendiri lebih kepada 'jalan keluar' yang dianggapnya sebagai penyelesaian kepada ketidaktenteraman jiwanya.
Kita perlu rasa beruntung kerana sewaktu orang lain teraba2 mencari sumber kekuatan, kita sudah disediakan dengan buku motivasi, disampaikan sejak berkurun lamanya.Kita ada formula penyelesaian sendiri yang ditunjukkan dalam dustur itu,baik waktu sedih,gembira,kaya,miskin,krisis rumahtangga,kawan2 dll.Siap diberikan role model untuk kita contohi a to z.
Mukmin yang sejatilah sepatutnya insan yang bermotivasi paling tinggi.Ajaibnya mukmin ini..apabila ditimpa musibah,dia sabar..difikirkan pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini..jika diberikan nikmat dia bersyukur.Semuanya baik bagi dirinya.Positive thinker.Kerana dia yakin dengan janji2 Allah.KalamNya yang sentiasa menjadikan dia yang terbaik dalam apa jua situasi.Bila ditimpa masalah atau kesedihan dilembutkan dengan janji bahawa kemenangan mengiringi orang2 yang sabar..bila hilang semangat nak pergi berjuang Allah katakan bahawa orang yang mati berjihad dijalanNya tidaklah mati,bahkan hidup di sisi Tuhan di samping mendapat rezeki daripadaNya.Bila mendapat rezeki yang lebih Allah perintahkan untuk sama2 menikmatinya dengan golongan fakir miskin.
Alangkah beruntungnya golongan yang telah mendapat pimpinan Tuhan,kerana di situlah terletakNya hakikat kebahagiaan..
hakikatnya bahgia itu adalah ketenangan
bila hati mengingati Tuhan
-unic hakikat bahagia
Benarlah kita ini mulia kerana Islam.Jika kita mencari selain Islam,maka dengan sendirinya kita terhina.NA'UZUBILLAH.
Jalan Buntu
Setelah banyaknya rahsia peribadinya diketahui orang,akhirnya Lauren tewas dengan sekadar menjawab soalan "adakah kamu rasa diri kamu bagus" kononnya dengan tidak jujur.Habislah semua nilai yang telah dimenanginya tadi.Sungguh tidak berbaloi,setelah dia terpaksa melalui khususnya soalan2 pembunuh hubungan kekeluargaan,dia tewas dengan soalan yang dikira tidaklah begitu peribadi...alahai..yang dikejar xdpt, malu je yg dapat ;( ..moga kamu bertemu sinar yang sebenar Lauren..sinar Islami (hehe)
. ...................mengenal kejahilan untuk meninggalkannya......................
ASTAGHFIRULLAH
WALLAHUA'LAM

3 comments:

lyannayahya said...

kalau kamu tak malu,maka buatlah apa yg kamu mahu~

cukup signifikan~

soliloquy said...

salam..huhu..nat..i kidnap ur link tau...

dabei said...

me too~