Assalamualaikum
Ini adalah kali kedua saya membawakan tajuk ini untuk dikongsikan bersama.Kali pertama adalah secara lisan sebentar tadi,maka di alam maya ini insyaAllah saya akan gunakan peluang sebaiknya untuk perkongsian yang lebih bermanfaat hendaknya.Robbana taqabbal minna ~
Mengikut Jalan Yang Sama
Pernah ada yang mengingatkan saya,jika ingin menjadi ulama',kena bersungguh-sungguh menutut ilmu seperti para ulama.Lebih kurang begitu mafhumnya.Jika ingin mendapat pangkat mumtaz dalam peepriksaan,perbuatan kita harus seiring dan sepadan dengan apa yang ingin dikecapi nanti.
Sama sahaja konsepnya dengan jalan-jalan yang dilalui oleh orang-orang yang berjaya di mata kita (mudah-mudahan kita berjaya di mata Allah Taala juga).Pepatah Arab ada mengajar kita bahawa siapa yang berusaha dia akan berjaya.
Sunnah orang berjaya yang ingin saya tekankan di sini hanyalah satu ,iaitu berusaha melaksanakan sesuatu,sanggup bersusah payah sebelum dapat merasai nikmat yang diharapkan tersebut.
Work hard for what you want!
Putaran hidup ini selalunya tidak bersifat mistik,tetapi realistik.Kita berpijak di bumi yang nyata.Teringat pesanan Prof Dr Ahmed S. El Beleidy,dalam perubatan(bahkan apa jua bidang sekalipun),jangan terlalu mengharapkan keajaiban untuk berlaku.Para pengamal perubatan perlu berusaha bersungguh-sungguh,mengamalkan segala ilmu dan kemahiran demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.Dalam sedar mahupun tidak, keajaiban sememangnya wujud dalam diri kita sendiri yang merupakan hasil kejuruteraan terbaik produk Yang Maha Sempurna.Cukuplah anugerah akal dan jiwa yang membolehkan kita mengenal apa itu Islam,menjadi bukti bahawa penciptaan kita sangat unik dan sempurna.SubhanAllah!
Jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan yang dihamparkan permaidani merah,tanpa halangan yang perlu diredah.Dalam Surah Al Insyirah Allah berfirman bahawa setiap kesusahan itu bersamanya kesenangan.Kata orang kulit putih keturunan penjajah itu no pain no gain~
Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh
Berkali-kali dipesan dalam AlQuran bahawa iman sahaja tidak cukup bagi individu Muslim,bahkan perlulah seiring dengan amal soleh yang perlu dilaksanakan.Inilah bukti bahawa Islam itu adalah deen-cara hidup...tidak bersifat ritual semata-mata....tetapi sebenarnya bersifat praktikal dan universal untuk diamalkan oleh setiap mereka yang bergelar insan di muka bumi ini.
Ayuh,bumikan setiap tindakan kita supaya ia menjadi realiti,bukan omongan kosong yang sedap didendangkan tetapi hasilnya tiada,umpama ketukan tin kosong yang kuat bunyinya...namun yang ada hanyalah udara yang mengisi ruang.
Kurangkan omongan,banyakkan amalan :)
Allahua'lam
Wassalam warahmatullah
Sanah Helwah Hana
4 months ago