Assalamualaikum
terima kasih pd mek no yg telah ngajo kan saya satu lagi bidang ilmu...wpun baru skit yg dpt sy tangkap..bak kate ore dale koho2 la...he3.
Sudah lebih kurang setengah bulan saya lpskan peluang meng update blog.rasa mcm x riso sgt sbb xramai pun follower..lessa~huhu.ada niat gak tu...ye la cita2 kena besar regardless your weight n height =)
Sudah terlalu banyak mutiara2 yang berlalu tidak sempat saya kongsikan lagi di sini.Semalam keputusan peksa keluar..ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL.Apa yg diusahan rasanya jauh lebih rendah+ciput berbanding dgn nikmat dan rezeki yg Allah berikan.Namun,siapa tidak mahu keputusan yang terbaik.Apa jua yang kita mohon daripada Allah biarlah yang terbaik.Sebab Allah itu Maha Kaya.Mintalah...dengan sabar dan solat.sesungguhnya Allah bersama2 org yang sabar.
Mungkin saba dan kekuatan solat saya setakat itu sahaja.Nah,inilah keputusannya.Biar apa pun hasilnya,yang penting kita telah berusaha sehabis baik.Itu yang lebih dipandang di cc Allah.Saya mula belajar fakta ini ketika di bangku sekolah Taayah.Creditssss to k chah.Beliau selalu berpesan bahawa apa yang Allah akan tanya adalah apa kerja yg kita dah buat,bukannya apa yang kita dapat di penghujungnya.
Ya,bench mark yang lebih tepat adalah TAHAP USAHA kita.Selalunya keputusan akhir itu refleksnya.Selalunya.Common thing is common,but rare thing is exist.Salah satu prinsip dalam dunia perubatan yang saya cintai.
Berbahagialah kita menjadi orang yang cemerlang hasil usaha yang diberkati.Alangkah ruginya jika kita gagal kerana kecuaian sendiri.Celaka nya jka kejayaan kita sebagai tanda istidraj Allah.Beruntungnya bagi mereka yang sudah berusaha sebaiknya tapi kecemerlangannya masih tertangguh
Dalam kita kalut memikirkan apakah takdir yang telah Allah tetapkan tercatat di papan tanda di universiti,takut2 kita lupa pada hakikat ujian yang lebih besar yg sering dilupai.
Mak yang saya sayangi selalu berpesan apabila sy sibuk mengadu risau tentang peperiksaan "x apa ni peksa dunia je"..apalah sgt jika nak dibandingkan dgn peperiksaan kehidupan di dunia.Natijahnya diumumkan di akhirat negeri abadi.
Pada saat artikel ini ditulis sahabat Allahyarham Muhammad 'Ammar sudah lebih sebulan mendapat panggilan ke pangkuanNya.Baru2 ni sy sempat berbual di alam maya bersama Ummu 'Ammar yang dikagumi.Pesannya supaya kita meneruskan jihad di sini.Jihad 'Ammar sudah tamat.InsyaAllah.Moga rohnya sedang tenang dan bahagia mendapat layanan istimewa yang dijanjikan untuk mereka yang beriman.Al fatihah.
Kata-kata beliau lebih meninggalkan kesan dalam diri ini setelah tuannya pergi mengadap Ilahi.Moga frasa ini juga menjadi ilmu yang bermanfaat yang diwariskan oleh 'Ammar..maka berbahagialah engkau bersama2 pahala yang tidak putus-putus.Ameen~
Hangatkanlah jiwa kita dalam mencari akhirat.Tujuan kita hidup adalah untuk bersedia menghadapi akhirat.Selalu sahaja takut utk berpesan2 begini.Takut cakap x serupa bikin.Namun,
serulah kpd orang lain dan perbaikilah dirimu.Itu pesanan guru saya As-Syahid Imam Hassan al-Banna.
Carilah apa yang patut di cari dalam usia kita yang masih gagah ini.Kuatkan diri untuk terus MENUNTUT ILMU.Terdapat ulama' yang memilih hadis ttg kelebihan ilmu sebagai kumpulan hadis 40 yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.Sementara kudrat masih ada,rambut masih hitam,kulit masih tegang.Ayuh tingkatkan bekalan.Tingkatkan usaha utk tebalkan iman.carilah mutiara2 itu,khususnya sahabat2 yg masih di bumi Mesir.Bertebaranlah di muka bumi Allah,mengutip segala bukti kebesaran dan keesaanNya.
Tidak keterlaluan jika saya katakan kepada syabab dan fatayat...usia kita adalah usia yang paling layak menjadi saf hadapan sebagai penuntut ilmu.Bagaimana mungkin ita mahu memberi jika tiada modal utk disumbangkan.
Saya perlu berehat utk perjuangan yang maish panjang.
Keyboard off!
SALAM