RSS

Thursday, April 30, 2009

apabila saya bercakap tentang cinta

Assalamualaikum.....

Cinta,kasih sayang,rahmat,perhatian dari Allah yang kudambakan selama ini.Hebatnya kuasa cinta Adawiyah terhadap sang Penciptanya sehingga sanggup menggadaikan masa indah bersama makhluk indah ciptaan Tuhan,cinta yang dianggap seolah-olah akan merampas hak kekasih kesayangannya.

Hari ini di kaherah khususnya dlm kalangan pelajar medic(mungkin juga azhari,saya tidak pasti;p )
isu cinta,kahwin semasa belajar,borang bait muslim,'musyrif sebenar' sudah tidak lagi menjadi isu hangat,malah menjadi isu BIASA untuk dibincangkan..huhu...advance x advance nya budak2 mesir ni..teringat pada seorang pensyarah di INTEC yang berkata "korang kat sana (mesir) memang suka kawin2 yek?".Saya hanya mampu tersenyum ketika itu,sebab bukanlah orang yang berpengalaman dlm bab2 nih ketika itu(skrg pun!!).

Maafkan saya kerana tidak berminat menceritakan tentang hal peribadi walaupun tajuknya 'apabila saya berbicara ttg cinta'.Bukan apa,bahaya tmbhn pula di mesir ;-) .

Cuma ingin berkongsi rasa dengan sahabat2 yang saaaaaaaaaaangat saya sayangi khususnya di luar sana.

Para remaja yang seusia dengan saya biarpun kita saling TIDAK MENGENALI.

Saya rasakan saya 'boleh' bercakap tentang tajuk ini kerana saya jg masih begelar remaja(ahaks~).Walaupun dugaan yang datang pada saya pastinya tidak sehebat kalian yang dihadapkan dengan pelbagai keseronokan yang mengaburi mata.Hanya iman yang teguh yang mampu menyelamatkan dalam keadaan itu.Namun saya sedar bahawa seringkali dikatakan bahawa pengalaman merupakan guru terbaik utk memberi pengajaran pd kita dalam bahasa mudahnya.

Saya fikir tentu sahabat2 sekalian sendiri dapat lihat bagaimana realiti remaja pada hari ini.Ber pasang-pasangan(YANG TIDAK SYAR'IE) bukan setakat perkara biasa,bahkan boleh jadi sampai tahap mengaibkan sekiranya masing2 masih solo.Sampai begitu sekali keadaannya.Semakin lama semakin membarah pula.Hatta pelajar sekolah rendah pun sudah lama pandai bab2 ini.seingat sy seawal darjah 6 sy sudah dimainkan dengan isu ini di dpn mata.Allah..Allah...

Kasihan pula melihat sahabat2 seusia ini.Saya percaya ketika inilah perasaan2 demikian kian memuncak.mcmmn sy tahu??bukankah sdh sy katakan sy remaja jgk??huhu~

Namun,mungkin kerana over focus atau org arab kate syaghal sgt dgn perkara demikian,kita seolah2 lupa..bahawa terlalu banyak perkara yang boleh kita fikirkan selain memikirkan bab2 perasaan ini.Terlalu...

Oh,tidak sesekali saya katakan bahawa kita harus membuang jauh2 perasaan2 sedemikian,kerana itu sudah dikira melawan kehendak fitrah manusia yang dicampakkan dalam jiwa anak Adam yang normal.Kerana itu Islam dtg utk mengawal fitrah itu,bukanlah untuk menghalangnya scr total.Hanya untuk menguruskannya supaya terarah ke jalan yang diredhaiNya.

Terlalu banyak perkara lain yang blh kita fikirkan ketika ini.Sebab pesanan Imam Hassan al-Banna,hero alaf baru ini bahawa masa yang kita ada adalah sedikit berbanding tanggungjawab yang terbeban di pundak.

Hurm,apakah tersampai apa yang cuba saya smpaikan pada hari ini...

to be continued~~~~

*yakin dengan rezeki yg telah Allah tentukan..Ya Allah permudahkan segala urusanku dan sahabat2 ku..DUNIA DAN AKHIRAT

belajar utk berkata benar walaupun selalu sahaja yang hak itu pahit...lama2 pasti menjadi manis

Wednesday, April 15, 2009

cuti kali ini

Assalamualaikum....

Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya,demiMu aku bersusah payah hidup di dunia,kerana Engkaulah segala-galanya buat kami~~

Alhamdulillah,tadi saya baru sahaja mendapat keizinan dari mak,untuk 'melambatkan' sedikit tarikh pulang ke tanah air tercinta kali ini.Ayah pun telah terlebih dahulu bg green light.Takut2 diri sendiri pula yang tergugat,mohon diberi kekuatan dan ditunjukkan serta dimudahkan jalan menuju kebaikan Ya Allah....

Sekarang adalah masa untuk FOKUS pada peperiksaan yang bakal menjelma.Bersedialah untuk bekerja keras dan bijak demi mengizinkan Allah memberi kejayaan dan kecemerlangan pada kita INSYAALLAH...kenali kehebatan Tuhan melalui kehebatan penciptaanNya~~~

Tak sabar nak manfaatkan cuti pada kali ni di bumi anbiya'!!!ameen~~~

Monday, April 13, 2009

untuk kamu

Assalamualaikum

SubhanAllah,AlhamduLillah,AllahuAkbar~~~

Selayaknya pujian itu bagi Allah..tiada detik yang lebih indah dalam dunia ini selain waktu hati kta dirasakan betul2 dekat padaNya.

Saya gagahi diri untuk menaip pada malam ini kerana rasa SAYANG pada sahabat.Sayang yang perlu diterjemahkan pada bentuk praktikal,sebagai bukti keikhlasan saya pada dia.Sayang itu bukan kerana dia adalah orang yang dekat dengan saya,tetapi berasakan pada fakta bahawa ada hak terhadap dirinya yang perlu saya tunaikan.Bagi saya,itulah asas ukhwah yang dikatakan FILLAH..sayang kita terhadap seseorang itu kerana kita adalah juzuk2 yang saling melengkapi,perlu sentiasa pesan-memesan akan kebenaran,sekalipun ia sangat pahit sekali untuk ditelan.

Saya tidak pasti sejauh manakah tulisan ini berjaya menjadi pengganti diri untuk meluahkan rasa hati yang tak mampu dizahirkan secara perkataan.Apa yang pasti,saya perlu berusaha supaya MAKSUD yang saya ingin sampaikan itu SAMPAI...huhuhu.apa yang penting???kita usaha..=P

Benteng terkuat yang perlu ada untuk menghadapi segala dugaan datang dari kekuatan dalam diri kita sendiri.Kita mempunyai pilihan untuk menentukan dari arah manakah datangnya kekuatan itu,atau siapakah yang menjadi sumbernya.Andai tersilap pilih,saya yakin kekuatan itu tidak akan kekal lama.Sifatnya bermusim.Akan berubah apabila ada faktor lain yang mengubahnya.

Tetapi,sekiranya sumber kekuatan itu JELAS akan kesahihan sumbernya....maka apabila kita tersa lemah kembali,kekuatan itu akan datang kembali kerana sumber,masdar,atau pun source pada kekuatan itu adalah bersifat hakiki dan menepati fitrah sebagai seorang manusia

Terlalu sasterakah saya???

Saya suka mengusik kenalan2 apabila ayat2 saya sukar difahami "ayat aku terlalu genius ke?"=p.Biar saya berterus terang apakah KEKUATAN hakiki yang saya 'gembar-gemburkan' di atas.

Berdasarkan sifat2 kekuatan hakiki yang saya nyatakan di atas,sesuatu yang bersifat hakiki pastinya datang dari sumber yang baik.Saya tidak jumpa penyelesaian terbaik kepada SETIAP PERMASALAHAN yang dihadapi selain kembali kepada Tuhan.

Saya tidak sekali2 bermaksud bahawa sahabat saya ini jauh dengan itu.Malahan tanggapan saya adalah sebaliknya.Dia adalah seorang yang mengamalkan kehidupan beragama dalam dirinya.Peringatan khusus buat saya,dia,dan sahabat2 yg lain,kadang2 kita lupa untuk menyerahkan bulat2 permasalah ini pada Allah.Maksud saya,selalu sahaja kita tidak betul2 kembali pada Allah.Kembali bukan bermaksud semata2 mengadu padaNya,tetapi bersedia untuk meninggalkan apa yang akan mengundang ketidaksukaanNya pada kita,walaupun kebanyakan yang Dia tak suka tu kita pulak yang suka..huhu..itu barulah bukti sejati kita benar2 kembali padaNya

Berkorban,berkorban,berkorban...Kalahkan perasaan diri sendiri kerana saya yakin sekali jika kita berkorban sementara waktu ini pada perkara yang kita terasa sangat berat untuk ditinggalkan,tetapi perlu utk ditinggalkan,maka Allah....tidak bersifat zalim...malah Maha Penyayang.Pastinya Dia akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik drpd apa yang kita korbankan itu.Apa yang penting??kita perlu berkorban~~~


Teori memamng selalunya lebih mudah.Susah senang melakukannya hanya diketahui oleh Allah dan mereka yang berada dalam situasi tersebut.BARANGKALI,saya berada dalam kedudukan saya yang kini sebagai pemberi peringatan pada kalian yang diuji dengan dugaan yang pastinya kalian sahaja yang mampu menghadapinya.Saya tidak diletakkan dalam keadaan itu mungkin kerana saya tidak cukup kuat,mungkin saya akan terus hanyut jauh2 kerana saya tiada kekuatan utk menghadapinya.Ambillah pengajaran yang baik daripada apa yang cuba dikongsikan di sini,walaupun hakikatnya hanya kalian yang lebih mengetahui dan memahami 'pahit-masamnya' ujian ini.

Andaikata satu hari nanti saya pula yang teuji seperti kalian,ingatkan saya sebagai kerana kita adalah sahabat yang saling memimpin tangan menuju rahmat dan kasih sayang yang sebenarnya pastinya milik YANG MAHA MENGETAHUI DIRI KITA SENDIRI kerana Dialah Yang Maha Pencipta

Sunday, April 5, 2009

rintihan malam hari

Assalamualaikum

Nikmat Iman dan Islam pada saat ini aku syukuri.Namun aku berdoa pada Tuhan Yang nyawaku di tanganNya....tambahkanlah nikmat ini Ya Allah...kerana untuk itulah aku dicampakkan di bumi ini..

Bila diri ditimpa ujian,hati seringkal terdetik,di manakah mungkin aku cari kekuatan melawan perasaan yang tidak kugemari ini??Ah,mengapa tidak gemar padahal perasaan yang tidak kugemari itulah yang selalunya akan membuatka aku lebih dekat dengan Tuhan.Kerana pada waktu itu,tiada siapa yang betul2 dapat memahami perasaanku selain Yang Menciptakan aku sendiri.Seumpama ke telingaku dibisikNya,jangan kamu sedih.kamu tidak berseorangan dalam perjuanagn ini.untuk apa kamu sedih,hidup di dunia hanya sementara.Segala2nya akan berakhir dengan kematian.jangan sedih dgn perkara2 yang bersifat sementara.Krn ini bukan negeri abadi kamu.Di sini kamu hanya perlu perform the best from u..buatlah apa2 shj dgn baik asalkan tidak mengudangn kemarahanKu~~

Ya Allah,jangan Kau berpaling daripada menjagaku