RSS

Friday, May 15, 2009

Usah terpedaya dengan peperiksaan

Assalamualaikum

Saya menipu jika mengatakan tidak terusik langsung dengan isu bukan setakat panas,malahan 'terbakar' sekitar pekembangan atmostera arus semasa tanah air tercinta kita.

Satu kesimpulan saya.Sekadar pendapat peribadi.Kita ketandusan pimpinan negara.

Mungkin yang lebih tepat bukanlah ketiadaan pemimpin2 negara yang diidamkan,tetapi cabarannya terlalu kuat utk mereka berada di tengah2 masyarakat,meruntuh segala kebatilan yang ada lantas mengepalai pucuk pemerintahan sebuah kerajaan Islamiyyah yang berdaulat~

Allahumma yassir...

Tida kira apa jua manhaj perjuangan yang kita pilih,dalam perkara KEBATILAN,kita mesti bersatu hati bersama2 memeranginya.

Sekadar mukaddimah berdasarkan apa yang mencetus minat saya sejak akhir2 ini untuk memerhati dan bertadabbur...saya sendiri berasa pelik seakan-akan terdapat booster ke atas diri sendiri,saya terhibur dan kepenatan mentelaah hilang apabila perhatian dialihkan seketika pada isu2 yg saya maksudkan di atas.isu2 yang yang selayaknya sudah bermain2 dalam pemikiran kita,apakah penyelesaian terbaik dalam kemelut yang semakin kabur nokhtahnya dari hari ke hari.

Mari alihkan perhatian semula perhatian kita terhadap core bisuness kita pada ketika ini.Medan perjuangan yang lebih relevan PADA KETIKA INI justeru kita masih bergelar mahasiswa bawah graduasi(undergraduate =).

PEPERIKSAAN@IMTIHAN

Maksud saya di sini ialah peperiksaan dunia yang kehangatannya kian terasa khususnya dalam kalangan sahabat-sahabat di Mesir.

Musim peperiksaan yang menjengah seolah-olah sama ertinya dengan bermulanya musim pertapaan masing-masing dalam 'gua' ciptaan sendiri.Mungkin juga bermulanya tempoh yang melepakkan bagi segelintirnya kerana tiada lagi kuliah yang perlu dihadiri.Atau bermula juga masanya untuk tawakuf kerja-kerja 'nilai tambah' yang sedikit sebanyak menguji konsisten dalam pembelajaran.

Apabila ditanya tentang peperiksaan,tidak dinafikan pelbagai reaksi dapat direkodkan.Exam=tekanan!!belajar kerana exam.Tak suka sbb semua orang mula menanggalkan topeng masing2.Ataupun suka sebab waktu exam yg tak baik semua jadi baik.Diri jadi lebih tekun beribadat.Kalau nak mati pun bior la mati dlm tempoh@fatrah exam sebab rasa lebih soleh~

Semua itu terpulang pada persepsi dan expectation dlm diri masing2.Cuma satu perkara yang ingin saya rakam dan kongsikan bersama di sini.

Usah sesekali kita terpedaya dengan peperiksaan...

Bagaimana mungkin exam yg tdk bernyawa itu mampu memperdaya kita?Bukan salah 'ibu mengandung' tapi salah kitalah yang telah menyempitkan hikmah dan kebijaksanaan yang terselit ~seawal usaha bermatian-matian kita dalam Ujian Pencapaian Sek Rendah..atau mungkin lebih awal drp kadar tersebut.di mana letaknya nilai jerit payah kita agaknya...

Anggaplah peperiksaan sebagai prosese pembelajaran yang membolehkan kita mengutip pengetahuan secara optimum.Pengetahuan yang kita tidak begitu cakna kecuali setelah peperiksaan kian hampir.Kita akan memastikan dengan bersungguh2 bahawa kefahaman dapat dikuasai gara-gara cuak dgn ancaman insiden yang dinamai peperiksaan.Semua soalan2 perlu mampu dijawab sebelum kaki melangkah ke dewan,supaya senyuman mampu diukir ketika langkah diatur keluar.Kamus diselak andai terdapat perkataan2 pelik yang tdk difahami.Wah,peperiksaan membuatkan kita sendiri berusaha memandaikan diri=)

Itu sahaja point yang cuba saya ketengahkan di sini.Tidak rugi berusaha bersungguh2 dalam musim peperiksaan ini walaupun bahagian yang kita usahakan itu tidak semuanya terpilih untuk kita menjawabnya kelak.Yg penting pengetahuan sudah berada dalam genggaman.Pesan Nabi SAW ilmu merupakan barang umat Islam yang tercicir,di mana saja kita dapatinya...KUTIPLAH...(WAllah a'lam)

Ya!Persediaan sebelum peperiksaan yang lebih menjadikan kita pandai(in sya' Allah), bukan kerana pangkat atau natijah yang bakal tercatat di papan itu.Yang penting kita berusaha spt org yg nak mumtaz,namun pangkat itu jualah yang kita harapkan utk menjadi taqdir terbaik.Ameen.

Khusus buat mereka yang sebelum ini tercari2 nikmat waltu itu,rasailah kemanisan peluang itu KINI, kerana kita tidak tahu bila masa pula nikmat itu akan ditarik semula.

Usaha mesti seiring dengan doa.

Takut mesti seiring dengan harap.

Apa yang penting????

Redha Allah la~

p/s: alangkah bagusnya kalau prsediaan utk peperiksaan akhirat lebih gigih drp yg ini..

Salam imtihan buat semua yang berusaha ke arah kecemerlangan.

Mengungguli kecemerlangan,mengerat kebersamaan(smgt PERUBATAN pulak!)

Sunday, May 10, 2009

Islamic Hijri Calendar

Monday, May 4, 2009

Realistik dalam tindakan

Assalamualaikum

Buat sahabat2 yang sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang Allah~

Alhamdulillah sejak akhir2 ini saya diberi kekuatan utk lebih komited dlm mengupdate blog ini.Mungkin kerana banyak peristiwa yang berlaku,namun tiada ruang utk 'dimuntahkan'.Biarlah setiap apa yang kita lalui di dunia ini menjadi pengajaran dan pembelajaran(mcm P&P kat skolah dlu plk) tdk terhad pada diri kita,malahan pada insan2 lain yang mendambakan kebaikan khususnya.

Sahabat,

Dalam setiap perkara yang kita lakukan,BIARLAH sebaik2nya tindakan kita bukan merupakan reaksi terhadap sesuatu perkara.Maksud saya,kita tidak melakukan sesuatu perkara disebabkan perkara2 tertentu.Tetapi,sewajarnya tindakan itu berdasarkan akal yang rasional dan sejahtera dalam menimbang tara baik buruknya tindakan itu.Jauh sekali dipengaruhi oleh EMOSI.

Biar saya bawakan satu kisah agar topik perbincangan nampak lebih jelas.

Kisah yang menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang mengambil pengajaran daripadanya.Kisah bagaimana suci dan 'jughuih'nya(pinjam vocab kelantanese) Saidina Ali karamAllah wajhah sewaktu dia hampir2 membunuh seorang musyrik dalam satu peperangan.Pada saat itu diceritakan bahawa nyawa sang musuh seolah2 sudah berada dalam genggaman beliau.Namun,apabila beliau DILUDAH olehnya,sang musuh tadi terselamat daripada dibunuh oleh Saidina Ali yang berjiwa mulia.Owh,ingatkan lagilah terus dibunuhnya,sudahlah nyawa dah mcm xselamat, berlaku biadap pula si musuh itu!!Jawapan Saidina Ali yang sangat mengagumkan ialah beliau membatalkan hasratnya walaupun peluang menghapuskan musuh sudah berada di depan mata...takut2 jika tindakan membunuh musuh itu adalah disebabkan perasaan marah atau dendam pada si musuh tadi,bukan semata2 kerana ingin menghapuskan musuh Allah.

Demikianlah betapa telitinya sahabat hasil tarbiyyah Rasulullah SAW ini dalam menjaga setiap tindak-tanduk supaya tidak langsung dipengaruhi oleh emosi yang selalunya tidak selari dengan kewarasan dan rosional pemikiran.

Cubalah,wahai diri sendiri dan sahabat2~

Apabila kita berasa marah dan ingin menegur kesalahan seseorang, jangan terus menyatakan pendapat kita ketika itu.Tunggulah sebentar untuk memastikan teguran itu dibuat atas dasar tanggungjawab dan ikhlas inginkan kebaikan dan perubahan.Bukan kerana kita bencikan dia.

Setiap kali kita ingin mengeluarkan kenyataan,bercakaplah dengan akal yang rasional.Yang lebih penting berdasarkan fakta dan ilmu yang sahih.Tidak dipengaruhi langsung dengan pendapat peribadi, perbuatan orang lain dan sebagainya.

Bagi saya jika kita berfikir dan membuat keputusan dalam keadaan melulu dan beremosi,kita sebenarnya telah bersikap tidak adil dan tidak jujur kepada diri sendiri dan orang lain.

Jika tindakan dipengaruhi emosi bukan bertunjangkan ilmu,kita telah berlaku tidak amanah dengan kebenaran dan segala yang haq.

Rasional dalam setiap tindakan,kerana Islam bersifat rasional dan tidak sesekali bercanggah dengan kemaslahatan manusia dan seluruh ciptaanNya.

Kita sahaja yang selalu melawan arus itu.

Salam reformasi ke arah kebaikan.

Sunday, May 3, 2009

Coretan microsebentar

Assalamualaikum



Kalau tidak kerana Rasulullah SAW yang mengajarkan untuk mendahului kemaafan,nescaya sukar atau mustahil untuk kutunaikan.Terima kasih Ya Rasulullah kerana menjadi contoh tauladan TERBAIK sepanjang zaman.

Segala puji selayaknya hanya pada Tuhanku Robbul 'Alamin~

Friday, May 1, 2009

hidup gersang tanpa kasih sayang~utk bacaan keluarga kamil

Assalamualaikum..

Allah,kurniakan kami kasih sayang sesama insan khususnya saudara seakidah kami agar kami semakin tunduk kepadaMu..namun kasih sayangMu terhadap hamba lebih kami yakini dalam membahagiakan hati ini..dulu,kini,dan selamanya~~~~~

Allah..Allah...

Post kali ini adalah untuk menunaikan janji terhadap dia(ouch~) yang saya sendiri telah menyatakan untuk merakamkan peristiwa itu dlm ruang blog yg baru hendak 'dipanaskan atas api'.(maksudnye mentah lagi la :-P).Bukan apa,nak membuktikan bahawa setiap kali mengenang saat itu perasaan terharu pasti menyanggah dan saya akan tersenyum sendiri.Owh,betullah kata Hana saya suka sgt kenangan2 ni,sampai prkara2 yg sdg atau belum berlaku pun saya dah kenang2kan!!

Owh,bagaimakah akn kumulakan cerpan ini???hohoho

Semua sudah bersedia dalam kereta.Kami bersama2 dalam perjalanan menuju KLIA pada petang 23September 2006.Namun dia masih dalam perjalanan dari Tronoh,Perak menuju terus ke arah yang sama.Dalam hatiku ragu2 adakah dia sempat sampai.Dah on da way dah,kalo xsempat jumpa nnti rasa sia2 pulak usaha dia..hurm..tapi fikiranku xterlalu fokus ke arah itu, sebab rasa cuak,sedih,takut dan bermacam2 lagi mengatasinya.Katanya kali ini bukan dia yang drive,tapi kawannya yang ikut sama sebab kalo dia bawak takut laju sgt sbb nak kejar masa,lain pulak jadinye....

Kami dipanggil oleh pegawai JPA utk penyerahan pasport,tiket, dan taklimat ringkas.Bukan itu yg nak diceritakan di sini.Dia yg xtiba2 tu xtiba2 lagi..huhu..tapi entah la..seingatnya sy cam xriso sgt sbb rase cam mmg dapat jumpa dia la..wpun taklimat JPA itu menandakan yang kami akn sm2 memulakan perjalanan jauh sebentar shj lagi..

Selesai taklimat.Dalam tempoh beberapa minit berbaki yang diberikan sebagai detik2 terakhir sblm masing2 'menguatkan perasaan dan semangat dalam diri'........tiba2 dia sampai.Allah.......

Rupa2nya Allah temukan kami dalam tempoh yang sgt ringkas itu.Tiba2 rasa xsangka walaupun dr tadi rasa mcm mmg akn berjumpa.Dia lantas menyerahkan hadiah yang dijanjikan buat sy(ats permintaan sy sendiri :-p).Owh...mungkin itu jg antara tujuan sy tertunggu2 kehadirannya...hihi

Perkataan dia yang saya gunakan di atas adalah sebagai kata ganti diri pada satu-satunya abang kandung saya, Ahmad Syauqi Muslim bin Ahmad Kamil(a.s.m.a.k.)huhu.Abang,terharu x ada cite ni??

Satu-satunya saudara lelaki dalam adik-beradik kami..skrg abang sedang sibuk nak dirikan rumahtangga,insyaAllah awal tahun depan kan?hurm..tiba2 rasa sedih pulak(mcm mak yang nak lepaskan anak la pulak~).ye la sbb lepas ni kan abang akan ada satu lagi perkara besar utk difokuskan.kami adik2 abang kena jaga diri sendiri..erm..sblm ni pun mmg kami jg diri sendiri..cuma...cuma...ayat di atas sbg penyedap cerita shj.(tp mmg rs sedih tu ade la!)

xkan la xnak bg abang kahwin pulak kan.kebahagiaan abang kebahagian kami jue..ahaks~ok la selamat berbahagia,insyaAllah hingga ke akhirnya.Selamat menjadi imam kepada keluarga.

xkira apa kome nak kata hasil pemerhatian dr blog ni penulisnya adalah sorg yg jiwang...erm..yg penting dah tertaip dah pun..

Saya sayang SEMUA ahli keluarga saya...doa saya moga kita sama2 dapat memimpin tangan ke syurga atas rahmat dan kasih sayangNya...jangan tertinggal walaupun seorang..Ya Allah kabulkan permintaanku ini

nasib baik sempat meluahkan sebelum nikmat masa ditarik Allah

Kpd kome yg lain2, sila hadirkan kes2 yg akan@telah membuatkan mi@k mi terharu,baru blh masuk cite kome dlm nih..hehe..mesti kome kata xmengharap sgt la tu wpun dalam hati rs cam nak jgk kan???

jgn asyik bergolekan di rumah (bhs kami yg paham)

Salam dari kejauhan.

InsyaAllah jumpa thn depan.